ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA SEMUA KULIAH SARJANA PENDIDIKAN BAGI SEMESTER MEI 2008 AKAN DITUNDA KE SEMESTER JULAI 2008. SATU PERJUMPAAN PENYELARASAN REKOD AKADEMIK DAN KEWANGAN SERTA LAIN-LAIN MASALAH BERKAITAN AKAN DIADAKAN DI KOTA KINABALU PADA 1HB JUN 2008. SEMUA PELAJAR DIWAJIBKAN HADIR.
Bagi K7&K8 (Tawau) yang akan bergraduat, Kuliah EPM 2193 (Kokurikulum dan Disiplin) akan diadakan pada 31/05/08 dan 01/06/08 juga di Kota Kinabalu.
SENARAI NAMA PELAJAR YANG LAYAK BERGRADUAT PADA TAHUN 2008 AKAN DIPAPARKAN BERMULA PADA 14HB MEI 2008.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Sdri Azlina. Harap dapat senaraikan pelajar-pelajar Master (Pengurusan Disiplin) yang akan graduate pada tahun ini dengan syarat mereka telah selesai mengambil semua kursus termasuk projek paper.
Blog ini sangat berguna untuk semua pelajar terutama pelajar Master di Sabah & Sarawak. Adalah diharapkan mereka dapat mengetahui ttg. blog ini dan dapat manfaat sepenuhnya melalui komen atau pembacaannya.
Tuan Haji Ismail,
Kami dari Kumpulan Keningau telah berbincang berkaitan perjumpaan pada 1 Jun 2008 ini. Kami kurang bertsetuju dengan tarikh tersebut disebabkan oleh 2 faktor. Yang pertama ialah pada tarikh tersebut adalah bersamaan dengan Perayaan Pesta Menuai Peringkat Negeri Sabah dan ini biasanya akan menyebabkan semua hotel penginapan habis ditempah. Sebilangan besar kami juga merayakan Pesta Menuai ini. Faktor kedua ialah tarikh tersebut adalah semasa cuti sekolah . Sebilangan besar kami akan balik ke kampung bersama keluarga. Mohon pertimbangan Tuan Haji. Kami cadangkan tarikh tersebut di tunda ke 6 atau 7 Jun 2008. Terima kasih.
kami akan berbincang semula berkenaan tarikh perjumpaan itu dan akan maklumkan kepada pelajar secepat mungkin. Terima kasih atas maklumbalas yang diberikan
terimaksih dengan makluman. Mohon dapat diketahui cepat tarikh tersebut untuk memudahkan kami membuat perancangan.
Post a Comment